Muslim Ahmad harimau muda - Google Blog Search |
diarihaticikbunbun: kelab <b>HARIMAU</b> SELATAN Posted: 02 Nov 2012 10:27 PM PDT JOHOR BAHRU - Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu semua pemain pasukan Johor dan Johor United memiliki tahap disiplin, dedikasi dan integriti yang tinggi. Tunku Mahkota Johor itu bertitah tiga elemen itu penting bagi memastikan usaha mencapai misi pasukan yang akan bersaing pada Liga Super dan Liga Perdana tahun depan itu tercapai. "Dengan mempunyai ketiga-tiga elemen ini, kita akan berjaya mencapai misi kita," titah baginda selepas majlis menandatangani kontrak pemain Liga Super dan Liga Perdana Johor di sini hari ini. Saingan Johor pada Liga Super akan dibawa oleh pasukan Johor yang dipimpin pengurus merangkap ketua jurulatih, Fandi Ahmad manakala bekas pemain kebangsaan, Ismail Ibrahim dipertanggungjawabkan sebagai jurulatih. Saingan negeri pada Liga Perdana pula akan dipikul oleh Johor United dengan Onn Jabar dilantik sebagai pengurus manakala ketua jurulatihnya pula adalah bekas pemain Johor, Azmi Mohamed. Tunku Ismail bertitah PBNJ yakin pertukaran nama pasukan Johor itu akan dibenarkan kerana mereka telah mematuhi segala peraturan yang ditetapkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Pada musim ini, saingan Johor dalam Liga Super diwakili Johor FC manakala pasukan Johor pula membawa saingan negeri di Liga Perdana. Baginda juga berjanji pemain Johor dan Johor United tidak akan berdepan masalah seperti gaji atau perkara lain yang sering membelenggu persatuan bola sepak di sesetengah negeri. "Saya hanya mahu mereka memberi (komitmen) 100 peratus dan menjadi contoh kepada semua pihak," titah baginda sambil memberitahu pemain import Daniel Guiza dari Sepanyol hanya dipinjamkan untuk satu musim daripada pasukan Getafe di Liga Sepanyol. Bekas pemain skuad kebangsaan Sepanyol itu sebelum ini mendapat tawaran untuk bermain dengan pasukan Real Zaragoza dan Real Mallorca yang kini bersaing di Liga Sepanyol, titah baginda. "Tetapi beliau memilih pasukan Johor," titah baginda sambil menambah kedudukan Guiza, yang pernah dinobat penjaring terbanyak Liga Sepanyol 2007/2008, dalam pasukan Johor pada musim hadapan bergantung kepada prestasinya. Sementara itu, Fandi ketika ditemui berkata pasukan Johor masih menaruh harapan besar untuk mendapatkan khidmat penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha atau 'Mat Yo'. "Beliau merupakan pemain yang mempunyai kemampuan teknikal yang menakjubkan. Kehadirannya dalam pasukan Johor sememangnya akan melonjak prestasi pasukan," kata bekas bintang Singapura itu. Mengenai persiapan pra-musim pasukan Johor, beliau berkata mereka akan ke Mesir dan Singapura untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan beberapa pasukan pilihan selain terlibat dalam pertandingan tiga penjuru tempatan. Bekas pemain skuad Harimau Muda, Muslim Ahmad yang bermain untuk pasukan Terengganu musim lepas, juga merupakan seorang pemain yang menandatangani kontrak untuk beraksi dengan Johor dalam saingan Liga Super musim depan. - Bernama copypaste from #KESULTANAN JOHOR. apa yg paling penting muslim ahmad pon join HARIMAU SELATAN...wee sonoknyew...♥ nampaknyew lepas nie ak kenelah support HARIMAU SELATAN hope harimau selatan akan sentiasa MENGAUM~ SELAMANYA HARIMAU SELATAN ♥ |
johor tidak akan penuhi tuntutan rm1 juta kafa - Portal Sukan Posted: 02 Nov 2012 07:43 PM PDT JOHOR TIDAK AKAN PENUHI TUNTUTAN KAFA RM1 JUTA UNTUK TEBUS KONTRAK MAT YO
Itu pendirian Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berhubung laporan yang mendakwa Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) meminta bayaran RM1 juta untuk melepaskan penyerang sensasinya, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo kepada Johor. Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, jumlah yang diminta KAFA itu tidak menepati peraturan yang telah ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Katanya, PBNJ sentiasa merujuk kepada FAM untuk melakukan sebarang tindakan berhubung kedua-dua pasukan di bawah naungan PBNJ iaitu Johor yang bakal beraksi dalam saingan Liga Super dan Johor United yang akan beraksi dalam saingan Liga Perdana musim depan. Johor sebelum ini dikenali sebagai Johor FC manakala Johor United pula Johor FA.
Pada majlis terbabit, seramai 16 pemain telah menandatangani kontrak bersama Johor manakala 24 pemain lagi bersama Johor United. Antara yang kelihatan, bekas tonggak Harimau Muda yang juga pemain pertahanan, Muslim Ahmad. Sebelum ini akhbar tempatan melaporkan, KAFA bersedia untuk melepaskan Mat Yo kepada Johor sekiranya PBNJ sanggup membayar nilai kontrak pemain Paling Bernilai pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2012 itu yang dikatakan berjumlah RM1 juta. Tunku Ismail juga bertitah, pihaknya tidak mahu memaksa sekiranya Mat Yo tidak ingin beraksi bersama Johor.Dalam pada itu, baginda menyatakan, pemain import, Andre Francisco Da Silva yang beraksi bersama Johor FA dalam saingan liga musim lepas, akan dipindahkan untuk beraksi dalam saingan Liga Super musim depan bersama pasukan Johor. Andre mungkin akan bergandingan dengan seorang lagi pemain import, Daniel Gonzalez Guiza. Menurut Tunku Ismail, Guiza yang merupakan penjaring terbanyak La Liga musim 2007/2008, dijangka tiba untuk menandatangani kontrak esok. **Jika difikirkan bukan Johor tidak mampu untuk membayar RM1 Juta kerana bayaran untuk penyerang kebangsaan Sepanyol dan penjaring terbanyak La Liga Daniel Guiza adalah RM 7 Juta. -SUMBER :kosmo |
You are subscribed to email updates from Muslim Ahmad harimau muda - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan