Rabu, 11 Disember 2013

Muslim Ahmad harimau muda - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Muslim Ahmad harimau muda - Google Blog Search


light|shadow: Kenali Pemain <b>Harimau Malaya</b>: <b>Muslim Ahmad</b>

Posted: 10 Dec 2011 05:00 PM PST

Menjelang pembukaan tirai Liga Super 2012, penyokong skuad Penyu termasuklah diri penulis pastinya teruja setelah mendapat khabar gembira iaitu pertahanan kebangsaan, Muslim Ahmad akan menyarung jersi hitam putih Terengganu bermula musim depan. Bekas kapten Harimau Muda A ini bakal bergandingan dengan pemain senior, Marzuki Yusof di bahagian pertahanan.

Kalau tengok Muslim kat mana-mana match, penulis paling tertarik dengan cara dia tanduk bola. Tak tahulah korang perasan ke tak, tapi cara dia lompat tu pelik sikit. Kadang-kadang kelakar pun ada. Baiklah, jom kita kenal dengan lebih lanjut tentang Muslim Ahmad.
Nama Penuh: Mohd Muslim Ahmad
Nama Panggilan: Muslim
Tarikh Lahir: 25 April 1989 (22 tahun)
Tempat Lahir: Kuala Terengganu, Terengganu
Tinggi: 1.82 m
Posisi: Pertahanan Tengah
Nombor Jersi: 24 (Malaysia) 2006-2007 Skuad Piala Presiden Terengganu
2007-2009 Harimau Muda
2009-2011 Harimau Muda A
2012-Kini Terengganu FA

Kejuaraan:
Juara Piala AFF Suzuki 2010
Juara Sukan SEA 2009, 2011

Anugerah:
Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2009 - Pemain Harapan 100Plus

INFO MENARIK MUSLIM AHMAD

1. Pada awal pembabitannya dalam bola sepak, Muslim lebih dikenali sebagai pemain penyerang berbanding posisinya sekarang, pertahanan tengah. Kes yang lebih kurang sama dengan seorang lagi pertahanan negara, Aidil Zafuan.

2. Pada 4 November 2009, Muslim Ahmad dinobatkan sebagai Pemain Harapan 100Plus di Anugerah Bolasepak Kebangsaan. Tahun berikutnya, Khairul Fahmi dipilih sebagai pemenang manakala untuk musim 2011, Wan Zack Haikal mancatat nama sebagai Pemain Harapan Terbaik.

3. Ketika bersama skuad Harimau Muda A di bumi Slovakia, Muslim dan rakan sepasukannya, Gary Steven Robbat diberi peluang menjalani ujian percubaan dengan salah sebuah kelab disana, FC ViOn Zlaté Moravce. Mereka berdua dijanjikan kontrak profesional untuk musim 2010-2011, namun ia tidak menjadi kenyataan disebabkan masalah dalaman kelab tersebut.

4. Pernah bergelar pelajar di SK Seri Budiman (sama dengan Manaf Mamat) dan SMK Sultan Sulaiman (sama dengan Mohd Faizal Muhamad, Mohamad Sarbinee Allawee dan Izzaq Faris Ramlan).

5. Selain Muslim, 3 lagi bekas pemain Harimau Muda A turut mengikut jejak beliau untuk berpindah ke Terengganu. Mereka ialah Faizal Muhammad, Affize Faisal Mamat dan Shukur Jusuh.

6. Pada November 2010, Muslim dipanggil ke skuad senior Malaysia oleh jurulatih kebangsaan, Dato' K. Rajagopal menjelang Piala AFF Suzuki 2010. Muslim yang baru berusia 21 pada ketika itu beraksi cemerlang bagi membantu Harimau Malaya menjulang Piala AFF Suzuki buat pertama kali dalam sejarah sekaligus mengukuhkan gelaran selaku juara bola sepak Asia Tenggara.

7. Buat masa ini, pemain tinggi lampai ini sering diberi kepercayaan berada dalam kesebelasan utama Harimau Muda dan juga Harimau Malaya. Beliau pernah dipilih bagi menghadapi beberapa siri perlawanan persahabatan dengan kelab gergasi Eropah antaranya Manchester United, Arsenal dan Liverpool.

psst: Korang nak menang MPV? Klik SINI.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Muslim Ahmad

Copyright 2010 All Rights Reserved