Sabtu, 10 Disember 2011

Muslim Ahmad harimau muda - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Muslim Ahmad harimau muda - Google Blog Search


1 September, Latihan Dan Pemilihan Pemain Skuad Olimpik FAM <b>...</b>

Posted: 25 Aug 2011 10:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sesi latihan dan pemilihan pemain skuad bola sepak Olimpik Malaysia bagi menghadapi perlawanan pertama pusingan ketiga Kelayakan Olimpik akan diadakan di dalam negara dan luar negara mulai 1 Sept ini.

Menurut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan hari ini, seramai 22 pemain telah diminta untuk melaporkan diri di Wisma FAM di Kelana Jaya, Petaling Jaya untuk menjalani latihan dan pemilihan di bawah pengendalian jurulatih pasukan bola sepak Olimpik kebangsaan, Ong Kim Swee, pada 1 Sept.

Pemain akan menjalani latihan di Wisma FAM dari 1 Sept hingga 15 Sept dan di Jepun dari 16 hingga 18 Sept.

Antara pemain yang dipanggil ialah penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat dan Mohd Izuan Solahuddin dari pasukan Kelantan, Mohd Zubir Mohd Azmi (Terengganu), Mohamad Faizal Abu Bakar (Kedah), Ahmad Hazwan Bakri (Kuala Lumpur) dan Mohd Azrif Nasrulhaq (PKNS).

Selain itu, dua pemain dari skuad Harimau Muda B — Muhammad Nazmi Faiz dan Muhammad Syazwan Tajuddin — juga turut dipanggil.

Sementara pemain skuad Harimau Muda A yang dipanggil ialah Abdul Shukor Jusoh, K. Gurusamy Govandar, Izzaq Faris Ramlan, Mahalli Jasuli, Mohamad Amer Saidin, Mohammad Muslim Ahmad, Mohd Fandi Othman, Mohd Ferris Daniel Mat Nasir, Mohd Izham Tarmizi, Muhammad Zamir Selamat, Nazirul Naim Che Hashim, Syahrul Azwari Ibrahim, Thamil Arasu Ambumamee dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria.

Pada undian untuk pusingan ketiga kelayakan Olimpik 2012 yang diadakan pada 7 Julai lepas, Malaysia telah diundi bersama Jepun, Syria dan Bahrain dalam Kumpulan C.

Sementara Korea Selatan, Qatar, Arab Saudi dan Oman diundi dalam Kumpulan A, manakala Kumpulan B terdiri daripada Australia, Iraq, Uzbekistan dan Emiriah Arab Bersatu.

Pada perlawanan pertama pusingan ketiga Kelayakan Olimpik pada 21 Sept ini, skuad Olimpik Malaysia dijadual bertemu Jepun.

  1. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
  2. Mohd Izuan Solahuddin (Kelantan)
  3. Mohd Zubir Mohd Azmi (Terengganu)
  4. Mohamad Faizal Abu Bakar (Kedah)
  5. Ahmad Hazwan Bakri (Kuala Lumpur)
  6. Mohd Azrif Nasrulhaq (PKNS)
  7. Muhammad Nazmi Faiz (Harimau Muda B)
  8. Muhammad Syazwan Tajuddin (Harimau Muda B)
  9. Abdul Shukor Jusoh (Harimau Muda A)
  10. K. Gurusamy Govandar (Harimau Muda A)
  11. Izzaq Faris Ramlan (Harimau Muda A)
  12. Mahalli Jasuli (Harimau Muda A)
  13. Mohamad Amer Saidin (Harimau Muda A)
  14. Mohammad Muslim Ahmad (Harimau Muda A)
  15. Mohd Fandi Othman (Harimau Muda A)
  16. Mohd Ferris Daniel Mat Nasir (Harimau Muda A)
  17. Mohd Izham Tarmizi (Harimau Muda A)
  18. Muhammad Zamir Selamat (Harimau Muda A)
  19. Nazirul Naim Che Hashim (Harimau Muda A)
  20. Syahrul Azwari Ibrahim (Harimau Muda A)
  21. Thamil Arasu Ambumamee (Harimau Muda A)
  22. Wan Zaharulnizam Wan Zakaria. (Harimau Muda A)

BERNAMA

Ditemui dari hasil carian:
  • nazmi harimau muda
  • nazmi faiz
  • ferris daniel
  • mohd nazmi faiz
  • ahmad hazwan bakri
  • skuad harimau muda b 2011
  • muhammad nazmi faiz
  • senarai pemain skuad harimau muda
  • fandi othman
  • pemilihan bola sepak
Ini mungkin yang anda cari:
  1. 9 Pemain Jadi Taruhan – Malaysia
  2. 3 Pemain Harimau Muda Bakal Sertai Kelab Eropah
  3. Rajagobal Puas Hati Persembahan Pemain Malaysia
  4. Safee Sali dikutuk 'Monyet' Isteri Ketua Pasukan Skuad Singapura
  5. Perlawanan Persahabatan Malaysia – Oman Ditunda
  6. Saya Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia ~ Safee Sali
  7. Hari Malaysia dan Hari Kebangsaan Serentak 16 September 2011
  8. Khairul Fahmi Pulang Cincin Tunang
  9. 16 September, Detik Manis Danny X-Factor dan Saidatul Fazlin Zakaria
  10. Safee Sali dan Kelab Jerman Bundesliga

Kategori: Berita, Isu Semasa, Sukan

Full content generated by Get Full RSS.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Muslim Ahmad

Copyright 2010 All Rights Reserved