Rabu, 25 September 2013

Muslim Ahmad harimau muda - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Muslim Ahmad harimau muda - Google Blog Search


<b>Harimau Muda</b> A ikat Persib Bandung – Perak Today

Posted: 21 Sep 2013 02:27 AM PDT

harimaumudaedit

Kuala Lumpur: Harimau Muda A memulakan kempen Piala Menpora dengan keputusan seri 2-2 menentang Persib Bandung di Stadium Jalak Harupat, Bandung, Indonesia, malam tadi.

Skuad kendalian Ong Kim Swee yang masih hangat dengan kejayaan menjuarai Pestabola Merdeka Sabtu lalu, bermula garang apabila mendahului seawal minit ke-10 menerusi D Saarvindran tetapi tuan rumah kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-28 selepas Shahrul Saad tertampan gol ke gawang sendiri.
Bersambung babak kedua, Persib yang mendapat sokongan padu hampir 30,000 penyokongnya, menambah jaringan menerusi pemain kebangsaan Indonesia, M Ridwan yang menyempurnakan penalti minit ke-56.

Bagaimanapun, Harimau Muda A terus mengasak dan kedudukan kembali seimbang selepas Ridzuan Abdunloh meledak gol kedua negara empat minit kemudian.

"Saya rasa ini keputusan yang baik memandangkan kita turun tanpa sembilan tonggak utama dan Persib pula tampil dengan skuad terbaik mereka yang dibarisi lapan pemain import.

"Satu mata adalah keputusan positif dan paling penting, pemain menunjukkan semangat juang tinggi walaupun kita tahu situasi di sini cukup menguji ketahanan mental pemain-pemain," kata Kim Swee.

Keputusan pengadil timbul persoalan
Bagi Kim Swee, Harimau Muda A seharusnya meraih tiga mata tetapi beberapa keputusan pengadil menimbulkan persoalan.

"Keputusan pengadil yang mengatakan ofsaid ketika kami dalam pergerakan mendapatkan gol kedua agak mencurigakan.

"Situasi itu jelas mengganggu rentak permainan. Bagaimanapun, secara keseluruhan, prestasi Harimau Muda A membanggakan kerana berjaya mengimbangi rentak permainan Persib," katanya.

-BERITA HARIAN

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Muslim Ahmad

Copyright 2010 All Rights Reserved